Wednesday, October 31, 2012

Bismillah.

Maafkan ummi, anak-anak ummi sayang. Kekangan masa benar-benar membantutkan hasrat ummi untuk mendokumentasikan perjalanan kehidupan anak-anak ummi.

Alhamdulillah, sepergi nya abi ke Makkah hampir sebulan ini, anakanda sulong ummi, semakin petah berkata-kata. Setiap kali nampak ummi di hadapan laptop, spontan sahaja yop akan terus minta untuk melihat wajah abi. "mi, mar nak nok abi.." (ummi, umar nak tengok abi)

Alhamdulillah, adik 'Ulya pula sudah mula berjalan dengan baik, pada hari ulangtahun pernikahan ummi dan abi yang ke empat. Iaitu pada 29 Oktober 2012 yang lalu. Syukur Alhamdulillah.
Sesungguh nya antara sekalian banyak nikmat yang harus ummi syukuri, melihat anak-anak ummi membesar di hadapan mata ummi sendiri. Thumma Alhamdulillah.

Tapi,
adik masih tak berapa rajin nak berjalan. Senang dengan status sekarang, merangkak lebih laju dari berjalan :))

Friday, September 7, 2012

Diari Syawal 2012; 'Umar dan 'Ulya

Bismillah walhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Agung, Pengasih, Penyayang. Tiada pujian yang selayaknya melainkan segalanya untuk Mu Ya Allah. Salam Sayyidul Ayyam, Yaumul Jum3ah al-Mubarokah! :D

Alhamdulillah hari ini telah sampai ke Syawal yang ke 20. Sembilan hari sahaja lagi ummi dan abi bakal meraikan ulangtahun pernikahan kami yang ke empat, jika di izin Allah. Alhamdulillah tahun ini menyaksikan ummi abi umar dan ulya dapat beraya bersama opah yang sihat tak berapa sihat [tapi masih boleh buat rendang tok dan rendang ayam sehari sebelum raya] dan bersama mbah yang setiap tahun pasti tidak akan pernah lupa untuk membakar lemang, juadah untuk pagi raya, serta bersama opah teh (adik opah)

Syawal yang ketiga, kita berempat beranak telah pulang untuk beraya di kampung abi di Labis, Segamat, Johor pada awal pagi sekitar jam 10. 4 Syawal, kita menjelajah di sekitar Muar dan kemudian terus ke rumah Nenek yang merupakan kakak sulong kepada mak abi di Kota Tinggi. Kita sekeluarga bermalam di sana kerana sampai pun dah lewat malam. Umar dan Ulya dua-dua keletihan, plus pampers pun masing-masing dah penuh. Keesokan hari nya, 5 Syawal kita bertandang pula ke rumah ustaz kepada abi di sekolah lama abi yang terletak di Kluang iaitu Ustaz Fuad Osman. Alhamdulillah, taujihad yang menyegarkan minda ummi dan abi. Kita pulang semula ke Meru pada 6 Syawal, sambil singgah ziarah ke rumah nenek yang merupakan kakak kepada mak abi juga di Felda Palong, Bahau, Negeri Sembilan.

Tiba di Meru sekitar jam 10-11 malam [ummi pun dah lupa ;p] dan Umar terus capai basikal, dan main basikal. Berehat sehari di Meru dan bergerak semula untuk pulang ke kampung ummi di Selekoh, Bagan Datok Perak pada hari Ahad 8 Syawal. Kita berada di Perak selama tiga hari dan kemudian pulang semula ke Meru. Alhamdulillah. Raya kali ini ummi jadi duta keluarga, bagi pihak opah dan mbah kerana mbah tak dapat pergi beraya menjaga opah [yang kini sedang menjalani rawatan dialysis, tiga kali seminggu. Setiap 3 jam untuk satu sessi]

Berikut adalah sedikit dari ratusan gambar yang tak sempat ummi nak uploadkan semua. Ini, adalah untuk kenangan yop dan adik [haih, dok bahasakan kak nyah sudah nya lekat adik pulak] Ummi memang tak sempat nak edit. Cuma letak watermark sahaja supaya sesiapa yang berkenaan tak lah sewenang-wenang nya nak ambil koleksi gambar-gambar ummi dan publish sesuka hati di facebook sendiri tanpa kebenaran ummi. Semoga Allah membalas segala perbuatan jahat nya.

 Yop 'Umar, sehari sebelum raya. Tolong mbah bakar lemang :D

 'Ulya pulak, tolong opah dan abi isi beras dalam kelongsong ketupat :)

 'Ulya dan opah.

 'Umar 'Abdul 'Aziz.
1 Syawal 1433H.
Meru, Klang.



 'Ulya
1 Syawal 1433H
Meru, Klang
 
 Balik dari solat eid. Nak pergi beraya, baca buku dahulu :')

 Alhamdulillah akhirnya ummi berjaya juga siapkan baju kurung ni untuk 'Ulya. Walaupun senget sana senget sini tapi puas hati sebab jahit sendiri. Boleh lah, beginner kan :)

 Our Double U, sedang tunggu opah habis dari dialysis. Ini di Caring Dialysis Centre, Meru. Balik dari beraya di rumah mbah yut ragil di Jalan Kebun, terus ke sini untuk ambil opah.

 Double U yang keletihan. Perjalanan dari Segamat untuk ke Bahau, seterus nya pulang ke Meru.
6 Syawal 1433 H

This is my super-hero!
Kira duit raya ke yop?
Perjalanan dari Bagan Datok Perak untuk pulang ke Meru
 
 Anugerah Cinta Hati dari Nya. Shukran Allah!
[Minta maaf la abang, ramai orang cakap anak-anak kedua-dua nya ikut muka ummi hihi]

Ini langsir ummi yang jahit dengan penuh kasih sayang, khusus untuk buat opah senyum berbunga-bunga di dalam hati. Bukan nak tunjuk gambar kamu berdua ni sebenar nya. Kui kui kui.


Salam Aidilifitri buat semua kenalan. Mohon maaf zahir dan batin. Sesungguhnya tiadalah manusia itu sempurna dan maksum namun, kita di tuntut agar sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.



Umm 'Umar
11 am
Meru, Klang
7 September 2012
Ensha2llah.

Wednesday, August 15, 2012

Ummi Balas Dendam pada 15 Ogos?

Nampak nya bila balik Malaysia ni, sebulan sekali ummi meng-update di blog yop dan kak nyah ni ye. Hehe kesian ye anak-anak ummi. Ummi bukan tak ingat nak update. Tapi kerja ummi banyak lagi yang lebih penting dari kepentingan ummi menghadap laptop ni hihi.

Okey lah sebagai tak menghampakan kalian berdua (memandangkan ummi tak dapat nak menulis sebarang entri untuk yop sempena usia dua tahun nya), hari ini, yop berusia dua tahun sebulan. Dan kak nyah pula sembilan bulan. Yop dah dapat motor baru hadiah dari mbah sempena hari lahir yang kedua. Untung lah --" Ummi dan abi serta opah mbah memang tak sempat nak adakan apa-apa pun majlis untuk sambut birthday yop. Sebab nya opah admit ward dua minggu. Dan hari tu jugak 15 Julai, ummi abi bawa yop dan kak nyah ke Sabak Bernam untuk berurut dengan mbah yut. Kak nyah kan jatuh depan pintu dalam walker. Habis tergeliat pinggang sana sini. Haih -_-' Dah tu yop pun dah makin lasak. Tak pe, development process. Ummi faham sayang :')

Balik dari Sabak tu, dah malam. Jadi ummi abi sempat singgah untuk belikan yop kek. Mujur hadiah ummi dah beli awal-awal. Sempat lah ummi surprise pada Umar and Umar loves the LEGO so much. Dan ada lah lagi satu mainan tu macam kayu-kayu tu kan. Apetah nama dia. Ummi forgot already hihi.

Hari ni, yop dah kurang kepelatan nya. Instead of sebut kapal korek as "pai yak", hari ini yop berjaya tukar kan yak kepada yek menjadi lah "pai yek". Ooh memang indah menyaksikan miracle ini di hadapan mata. How time flies. Ummi keep remember when ummi first know yop ada dalam perut masa tu umur yop baru enam minggu. Enam minggu yop. Opah dan mbah sangat excited. So as abi! Itu pun keseronokan ummi pregnant kan yop sampai ke telinga abi pada hari lahir nya! Gift from Him for him.

Yop ketahuilah. Yop dan kak nyah adalah kebanggaan ummi dan abi. Tidak kan pernah lelah ummi dan abi mendidik mu berdua beradik. (Dua orang takat ni je tau. Dua tiga tahun lagi kita tambah lagi ahli keluarga :) Eh ape ni!) Kak nyah pulak sekarang ni dah pandai lah kan nak merengek merungut bagai. Pantang mbah or abi nak keluar dari pintu je dia lah yang paling kuat dan tragis sekali tangisan nya. Sama lah dengan yop pun. Hoh. Mau pekak teling ummi. Kata abi, dua-dua anak ummi ni mewarisi ummi yang kuat menjerit. Ye ke?
Memang pun lah kan, ummi kan anak tunggal. Bila ingat-ingat balik, memang ada pun part-part yang ummi tak tahu nak buat apa kat rumah, ummi jerit kuat-kuat. So puas!

Oh dan lagi nak cerita pasal kak nyah. Kalau dulu bangun pagi dia tengok orang lain belum bangun, dia memang lah akan pejam balik mata dia. Kadang-kadang [selalu kot] ummi dan abi sengaja pejamkan mata supaya kami dapat buat kerja lain, jadi kak nyah tidur semula. Tidak lagi sekarang! Pagi semalam dan semalam dan hmm banyak pagi lah. Kak nyah akan bangun dan merangkak pergi masuk ke bilik mbah dan main di rak buku mbah. Atau di meja kerja mbah, main buka tutup pintu laci. Dalam keadaan semua orang tidur, tiba-tiba dia sorang yang bebel-bebel tata-tata-dada-dada. Adoi kak nyah. You memang lah 'anak darre' bak kata yop. Apa lagi:? Dia pandai dah tepuk-tepuk tangan tepuk amai-amai. Pantang nyanyikan, laju saja tangan tu nak menepuk.

Eh ummi ni macam balas dendam pulak nak cerita banyak-banyak pada blog ni. Tak siapkan makanan berbuka for abi ke? Don't worry. Segalanya selesai. Itu pasal senang ummi nak menghadap Salsabila ni :)


Ok sayang-sayang ummi. Selamat menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Bekal ummi abi di Akhirat nanti :') Love you for the sake of Allah.


Ummi yang men-cintai mu.
Seksyen 7, Shah Alam.
7.01 pm

Monday, July 2, 2012

Update Yop dan Kak Nyah

Bismillah Walhamdulillah.

Lama sungguh ummi tak dapat nak updet blog anak-anak ummi ni sejak ummi balik Malaysia. Banyak dah cerita yang tertinggal, tak sempat ummi nak dokumen kan di sini. Tiga hari selepas sahaja sampai ke Malaysia, kak nyah 'Ulya muntah-muntah sampai lapan ke sembilan kali. Esok nya dia demam. Doktor kata, kak nyah mabuk lagi. Also the jet leg symptom. Haha macam orang mengandung pulak kak nyah. Kelakar!

And then, pada 16/6 balik dari kenduri di rumah abi di Johor malam tu kak nyah demam lagi sekali. Esok nya ummi beri ubat yang ada di rumah. Tak juga kebah, keesokan hari nya (18/6) baru lah ummi bawa ke KK Meru. Mereka ambil darah kak nyah dan platlet kak nyah 212. Di tambah dengan bacaan-bacaan lain (HCT dan WBC) katanya ada something pada darah kak nyah. 19/6 datang lagi ke KK Meru untuk repeat FBC. Kali ni ambil darah kak nyah tak pulak meraung macam semalam nya. Kali ni platlet turun ke 171. Dah, doktor suspect kak nyah denggi. Kak nyah di beri tempoh dua hari untuk repeat semula FBC. 21/6 kembali ke KK Meru dan ambil darah lagi. Kali ni, platlet turun lagi ke 129. Esok nya Jumaat, kata doktor, kalau turun below 100 kak nyah warded! Aiyoo.... Padahal kak nyah dah tak demam..

Malam tu ummi buat solat hajat doa mudah-mudahan keputusan ujian darah kak nyah Jumaat 22/6 adalah yang terbaik. Dan Alhamdulillah, platlet kak nyah kembali normal. Kesian anak ummi, biru-biru kat tangan dan kaki sebab kena ambil darah. Sebelum ummi lupa, on the day 20th June tu, bangun je pagi-pagiu, penuh muka kak nyah dengan sesuatu yang merah-merah macam gelgata. Habis merah muka kak nyah. Kesian sangat-sangat. Dan opah bagitahu kak nyah ni allergy pada udang sebab ummi makan udang pada malam tu. Alhamdulillah dua tiga hari kemudian muka kak nyah kembali normal dan comel semula seperti sedia kala :')

Tentang Yop pula, hari-hari mood yop sentiasa baik. Main dan beri permainan pada kak nyah. Kalau ada orang dokong kak nyah macam nak ambil bawa balik, yop dah terjerit-jerit dan tunjuk tantrum sambil jerit-jerit "ya!! ya!!" (Ulya! Ulya!) Dalam usia eblum cukup dua tahun lagi, yop dah pandai kayuh basikal. Yop dah pandai mengajuk cakap orang walaupun pelat. Dah faham arahan (9/10) dan suka main kunci! Yop akan selalu sebut "Ya Allah!" atau pun "Allahu Akbar" pada keadaan-keadaan tertentu contohnya waktu yop berebut barang atau melompat-lompat gembira atau merajuk-rajuk dengan ummi. Yop akan ulang-ulang sebut "Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!" sambil hentak-hentak kaki. Oh my, sangat sweet!
Berat yop sekarang 13 kg ++ dan kak nyah 7.4 kg.



Nampak macam fakta ke entri ummi kali ni? Maaf lah ummi nak cepat. Waktu ni kebetulan Yop dan kak nyah sama-sama tidur, dapat lah ummi taip sikit-sikit cerita tentang kamu berdua. Semoga dua-dua anak ummi jadi hamba Allah yang sentiasa taat kepada perintah Allah. Bila anak-anak ummi kenal Allah, maka anak-anak ummi akan kenal siapa diri anak-anak ummi.






Umm 'Umar
1.48 pm, 2 Julai 2012
Meru Klang

Friday, May 18, 2012

Kegembiraan Seorang Abi

 15 Julai 2010 (10.19 pm)
Hospital Sungai Buloh, Selangor, Malaysia.
'Umar 'Abdul 'Aziz selepas 5 jam menjengah ke dunia.

 15 November 2011 (7.01 pm)
Hospital Irbid Islami, Irbid, Jordan.
'Ulya selepas 14 jam menjengah ke dunia.

 20 November 2010
'Umar 'Abdul 'Aziz Berusia 4 bulan
Kampung Sungai Belukang, Selekoh, Bagan Datok, Perak.

  20 November 2010
'Umar 'Abdul 'Aziz Berusia 4 bulan
Kampung Sungai Belukang, Selekoh, Bagan Datok, Perak.

 24 April 2012
'Ulya Berusia 5 bulan
University Yarmouk, Irbid, Jordan.
 
 24 April 2012
'Ulya Berusia 5 bulan
University Yarmouk, Irbid, Jordan.


Ketahuilah anak-anak ku, abi sangat menyayangi mu,
dan berbangga dengan kehadiran mu.

'Ulya dan Jinan

17 May 2012
Mat3am Adh-Dhoi3ah, Irbid, Jordan.


Supposedly ada keraian untuk classmates ummi yang sama-sama di Markaz Lughah awal semester hari tu. Tapi dah bersiap-siap tiba-tiba cancel. Abi pun cadang kita pergi ambil angin petang, nak release tension. Exam fever kata nya ye. Tapi abi yang tension, abi yang fever. Ummi tak pun. He he he.

Jalan-jalan cari makan, jumpa kawan :)

Nama kakak ni, Jinan. Suka dia datang dekat 'Ulya. Di sengih-sengih je sambil berlari-lari dan jerit pada mama dia, "bubu, bubu..." (bubu = baby, di dalam bahasa 3ammi Jordan)

Ummi pun panggil Jinan ni dan ambil gambar dengan 'Ulya ^^

Sekian.

Tuesday, May 15, 2012

'Ulya dan weaning food nya ^^

Alhamdulillah,
our 'Ulya starts her weaning today.

Yet I am busying with final examination, there is nothing much I can prepare earlier. I were told by Kak Izma to prepare some carrot or broccoli puree for the first step. As the time goes fast, I missed to introduce our 'Ulya with that puree. Terus sahaja ke second step, iaitu porridge yang diletakkan kentang. Kata dietetic student, Kak Dm, first-first ni boleh la introduce dengan karbohidrat dulu. So, ummi bagi air tajin dulu pada kak nyah. Sama macam yop dulu. Ummi feeds her with lots of love, and kak nyah juga menerima makanan pertama nya with lots of exciting feeling haha, pandai-pandai je ummi. Lol.

Tapi, memang betul pun. Kak nyah teruja dengan makanan pertama dia. Pengalaman bersama our first hero, tidak lah menyukarkan sangat aktiviti-aktiviti menyediakan bubur untuk si anak kecil ni. Terima kasih to both mak and ayah di atas pelajaran ini. Sesungguh nya tanpa kalian pasti lah akak akan terkapai-kapai mencari pedoman hehe.

 Muka bercahaya nampak makanan.
*Macam tau-tau je makanan tu untuk dia*

 Bismillah..

Anak ummi yang ni memang cermat gayanya. Mungkin sebab perempuan ke?
Tak comot mana..
 
She really enjoy her first weaning food
"Air Tajin"
 
"Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah Nya hari ini saya berjaya disuapkan makanan pertama oleh ummi saya dengan penuh jaya nya."

Yop 'Umar 'Abdul 'Aziz sudah 1 year and 10 months old.
Kak Nyah 'Ulya sudah 6 months old.
Alhamdulillah :')

Sunday, May 6, 2012

Yop dan Tengkek!

Bismillah,
walhamdulillah.

Alhamdulillah ummi dah selesai masak. Menu hari ni, apa lagi. Nasi Paprik Ayam la. Abi request for the second time. Tak puas kata nya makan hari tu. So, ummi buat je, sebab senang hihi. Tapi tak best sangat sebab tak ada serai dan cili api. Ok la, duduk di perantauan ni, bersabar aje la. Orang kat Palestin tu, entah sempat makan ke tidak kan -_-" . Jadi, kena lah jadi hamba yang bersyukur :')

Pagi tadi sempat ummi dan kak nyah berskype dengan yop, opah dan mbah. Abi? Abi kelas la..
Alhamdulillah yop dah kenal mata, hidung, telinga, rambut, dan... 'tengkek'. Hah? Apa tu?
Maksud nya, ketiak. Yop dah pandai bahasa Jawa :') Comel je bila yop tanya kak nyah. "Nyapo?"
Adei, yop cakap bahasa Jawa! Bila opah tanya yop, mata mana mata? Yop kenyit-kenyit mata. Hidung mana hidung, yop pun pegang hidung. Telinga kat mana, yop pun pegang telinga...

Yop dah semakin besar, dan cerdik. Alhamdulillah :)

Walaupun ummi tak dapat nak tengok perkembangan yop secara live, teknologi skype sangat banyak membantu agar sekurang-kurang nya ummi tak 'terlepas pandang' langsung dengan kepetahan yop dari hari ke sehari. Well done yop!


Terima kasih Allah!

Saturday, May 5, 2012

Our 'Ulya on her 5 months old

Assalamu3alaikum anak-anak ummi. Senyum... :')

Maaf lah ummi lama tak update cerita tentang anak-anak ummi. Ummi dan abi masing-masing sibuk dengan imtihan thani. Kemudian lagi, sibuk ke Amman untuk urusan abi membeli buku, mengambil passport kak nyah, dan tempohari (Rabu 2 Mei) ummi dan abi berulang semula ke Amman untuk urusan iqomah kak nyah. Allahu Allah. Ujian sungguh. Dan nampak nya minggu depan abi terpaksa ke Amman lagi sekali untuk selesaikan urusan iqomah kak nyah. Semoga Allah permudahkan urusan kita sekeluarga dan urusan orang lain juga..

Tentang yop pula. Baru beberapa hari ni dapat skype semula dengan yop. Sebab nya mbah balik ke kampung dan drop by yop serta opah di rumah opah teh. Kalau yop ikut alamat nya tak jadi la kerja mbah nak menebas, meracun dan sebagai nya. Kelam-kabut yop bila dapat skype semula. 'Uya' saja yang di sebut, yang di jerit nya.

Yop, tengok ni kak nyah dah pandai meniarap sendiri. Gambar-gambar ni ummi ambil pada 15 April 2012. Genap kak nyah lima bulan. Dan yop pun genap setahun sembilan bulan. Ummi tak dapat nak upload gambar yop masa kita skype sebab ada gambar opah yang tak pakai tudung..













Wednesday, April 18, 2012

Kenangan Yop di Jordan - 2011 (Part 3)

 Abi dan yop,
depan Daraghmeh.
Irbid, Jordan.

 Ummi, yop dan kak nyah.
In front of Kulliyyah Tarbiah
University of Yarmouk, Jordan.

 Abi yang sentiasa bergembira bersama yop :')

 "Kasih sayang abi..."

 Yop dan ammu Yaqzan.
(bersiar-siar di balad bersama Abi)

 Abi dan yop
Jame3ah Yarmouk

 Yop dan ummi
Jame3ah Yarmouk

"...akan ummi pimpin setiap langkah mu, sayang!"

Sunday, April 15, 2012

Kak Nyah 5 Bulan

Selamat hari lahir kak nyah!

err.. yang ke lima bulan.

hehe


:')

Saturday, April 14, 2012

Kenangan Yop di Jordan - 2011 (Part 2)

 Yop baru sampai ke Jordan. Masa ni baru dua tiga hari sampai. Letih ye yop :')

 Yop dan abi. Abi nak hantar yop ke rumah kholah di Aswaq Yamamah.

 Masa yop kat Jordan, yop ada kawan nama Ameer Faheem Al-Waseem bin Muhammad Al-A'thiq.
Nama mommy dia, Maryam al-Batul binti Azizuddin.
Mommy dan daddy Faheem ni, kawan baik ummi sejak dari Matrikulasi Uiam lagi.

 Seminggu sebelum yop balik ke Malaysia ikut opah dan mbah.
Waktu ni kita di dalam Jameah Yarmouk. Yop ikut ummi dan abi

 Yop, tu tangan pak cik Mad. Anak daji. Pak cik Mad selalu ziarah rumah kita di Jordan.
Bila dia datang, dia akan usik yop dengan 'menggantung' yop di atas pintu!
Mengekek-ngekek yop :')

 Opah, yop dan mbah.
Masjid Hussin at-Tolal, Mu'tah.
31 December 2011.

 Yop,
anak ummi yang sentiasa berani!
 
Ahmad dan Yop.
Yop ingat lagi ke? Ni la kawan yop masa kat Jordan. Mesti yop dah tak ingat kan, sebab yop kecik lagi waktu ni. Ahmad ni suka main dengan yop.
(Baru siang tadi ummi dan abi terserempak dengan Ahmad, dia tanya yop mana. Dia suruh yop balik Jordan semula. Dia dan kawan-kawan lain nak main dengan yop)



Semoga ceria selalu Yop.
Ummi sayang yop!
 :)