Monday, July 2, 2012

Update Yop dan Kak Nyah

Bismillah Walhamdulillah.

Lama sungguh ummi tak dapat nak updet blog anak-anak ummi ni sejak ummi balik Malaysia. Banyak dah cerita yang tertinggal, tak sempat ummi nak dokumen kan di sini. Tiga hari selepas sahaja sampai ke Malaysia, kak nyah 'Ulya muntah-muntah sampai lapan ke sembilan kali. Esok nya dia demam. Doktor kata, kak nyah mabuk lagi. Also the jet leg symptom. Haha macam orang mengandung pulak kak nyah. Kelakar!

And then, pada 16/6 balik dari kenduri di rumah abi di Johor malam tu kak nyah demam lagi sekali. Esok nya ummi beri ubat yang ada di rumah. Tak juga kebah, keesokan hari nya (18/6) baru lah ummi bawa ke KK Meru. Mereka ambil darah kak nyah dan platlet kak nyah 212. Di tambah dengan bacaan-bacaan lain (HCT dan WBC) katanya ada something pada darah kak nyah. 19/6 datang lagi ke KK Meru untuk repeat FBC. Kali ni ambil darah kak nyah tak pulak meraung macam semalam nya. Kali ni platlet turun ke 171. Dah, doktor suspect kak nyah denggi. Kak nyah di beri tempoh dua hari untuk repeat semula FBC. 21/6 kembali ke KK Meru dan ambil darah lagi. Kali ni, platlet turun lagi ke 129. Esok nya Jumaat, kata doktor, kalau turun below 100 kak nyah warded! Aiyoo.... Padahal kak nyah dah tak demam..

Malam tu ummi buat solat hajat doa mudah-mudahan keputusan ujian darah kak nyah Jumaat 22/6 adalah yang terbaik. Dan Alhamdulillah, platlet kak nyah kembali normal. Kesian anak ummi, biru-biru kat tangan dan kaki sebab kena ambil darah. Sebelum ummi lupa, on the day 20th June tu, bangun je pagi-pagiu, penuh muka kak nyah dengan sesuatu yang merah-merah macam gelgata. Habis merah muka kak nyah. Kesian sangat-sangat. Dan opah bagitahu kak nyah ni allergy pada udang sebab ummi makan udang pada malam tu. Alhamdulillah dua tiga hari kemudian muka kak nyah kembali normal dan comel semula seperti sedia kala :')

Tentang Yop pula, hari-hari mood yop sentiasa baik. Main dan beri permainan pada kak nyah. Kalau ada orang dokong kak nyah macam nak ambil bawa balik, yop dah terjerit-jerit dan tunjuk tantrum sambil jerit-jerit "ya!! ya!!" (Ulya! Ulya!) Dalam usia eblum cukup dua tahun lagi, yop dah pandai kayuh basikal. Yop dah pandai mengajuk cakap orang walaupun pelat. Dah faham arahan (9/10) dan suka main kunci! Yop akan selalu sebut "Ya Allah!" atau pun "Allahu Akbar" pada keadaan-keadaan tertentu contohnya waktu yop berebut barang atau melompat-lompat gembira atau merajuk-rajuk dengan ummi. Yop akan ulang-ulang sebut "Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!" sambil hentak-hentak kaki. Oh my, sangat sweet!
Berat yop sekarang 13 kg ++ dan kak nyah 7.4 kg.



Nampak macam fakta ke entri ummi kali ni? Maaf lah ummi nak cepat. Waktu ni kebetulan Yop dan kak nyah sama-sama tidur, dapat lah ummi taip sikit-sikit cerita tentang kamu berdua. Semoga dua-dua anak ummi jadi hamba Allah yang sentiasa taat kepada perintah Allah. Bila anak-anak ummi kenal Allah, maka anak-anak ummi akan kenal siapa diri anak-anak ummi.






Umm 'Umar
1.48 pm, 2 Julai 2012
Meru Klang