Saturday, March 31, 2012

Jumaat?

Allah, cepat nya masa berlalu. Hari ni dah hari Jumaat rupanya. Dah seminggu ummi dan kak nyah 'unya' tak dapat nak ber-skype dengan yop, opah dan mbah. Alkisah nya laptop mbah masuk hospital lah, hasil kerja yop kamu yang cedik macam Mc Gyver kata mbah. Ish, ish, ish. Kesian. Kalau laptop ummi yang kena gitu, jenuh lah nak rawat. Duit tak banyak -_-"

Semalam lepas kelas Ulum Quran, ummi dan abi bawa kak nyah ke Markaz Sihhi Yarmouk. Dalam jameah je klinik tu. Ingatkan boleh la pakai hawiyah abi. Unfortunately tak boleh. Kasihan sungguh. Dah la hujan lebat. Abi pulak ada kelas lagi petang tu (3-4 petang) Nak buat muka kesian pun tak boleh, sebab pakai niqob Jadi ummi pun cakap kat abi, nanti kita pergi ke klinik kerajaan je lah as usual.

Agak nya receptionist dok 'nengok' kami berdua bermesyuarat depan diorang, maka diorang pun mengasihanilah kami berdua, yang sedang membawa si kecil ni. Dah la kat luar hujan pulak. Ish-ish-ish. Jadi diorang pun suruh je naik atas, cari doktor kanak-kanak dan kemudian bagitahu doktor tersebut 'nurid musa3deh' (kami minta pertolongan)

Alhamdulillah, tak susah dan tak lama untuk cari 'tibb athfal' di 'thobiq thani'. Seorang doktor perempuan, cantik, agak berumur. Ummi kira, sekita hujung 30 an atau awal 40 an. Sangat baik hati Alhamdulillah. Doktor mula tanya di dalam bahasa arab (ammi). Kami gagal memahami sepenuhnya apa yang doktor cakapkan. Sehingga akhir nya abi mengalah dan cakap "Yumkin natakallam bil lughah injiliziah?" (mbik ang! nampak nya abi dah serah tugas pada ummi nih. Adei...)

Ooh, rupanya proses sangat lah mudah setelah doktor bercakap di dalam bahasa Inggeris. Ha ha ha. Tak patut, tak patut. Nasib baik lah doktor ni pandai speaking. Ada sebelum tu ummi pergi tapi jumpa doktor general, doktor tu marah ummi sebab tak tahu cakap arab! (Masa tu ummi sedang mengandung kan kak nyah, dalam semester satu, entah belum sebulan pun duduk di Jordan) Okey sambung cerita. Doktor pun diagnose kak nyah itu ini. Kemudian doktor senyum dan tanya, ummi ni ambil course apa? Ummi jawab 'Fiqh wa usuluhu'. Ummi rasa doktor pelik, apa budak nih, ambik fiqh tapi tak tahu cakap arab-malah cakap omputih pulak. Poor ummi -_-" (What to do?)

Malas la nak cakap 'ana min sanah ula' atau 'ana sanfurah' atau lagi best 'ana ma be3rof'. Oh, oh, oh. InshaAllah akan ummi improve bahasa arab ummi. Kerana itu lah di antara tujuan asal ummi memilih belajar jauh, meninggalkan mak (opah) dan ayah (mbah) seketika. Demi menggali permata-permata hikmah di bumi anbiya' yang penuh keberkatan ini.

Overall, ummi sangat-sangat puas hati dengan layanan istimewa doktor. Sebab selalunya di Markaz Sihhi Yarmouk ni (kata nya lah, dan selalu nya) doktor mana la nak check betul-betul pun. Tanya sakit apa, tak tengok tak sentuh, terus prescribe ubat. Ouh, apakah itu? Tapi rezeki unya ni, dapat lah doktor yang baik hati, check unya betul-betul. Dan doktor timbang berat unya. Yang sempat ummi tengok, 6.3 - 6.5 kg lebih kurang.

Alhamdulillah 'ala kulli hal!


Ummu Umar
31 March 2012
11.03pagi
Irbed, Jordan

(Entri ini patut post semalam, tapi tak habis type :P)

Thursday, March 29, 2012

Perkembangan Kak Nyah

Alhamdulillah di atas nikmat kurniaan Nya.

Selepas sahaja ummi post kan di wall FB ummi,

Ya Allah, sembuhkan lah 'Ulya dari selsema dan batuk berkahak. Semoga ummi dan abi nya juga tabah bangun malam untuk jaga dia. Ameen.

Terima kasih semua, sebab tolong doa sama untuk anak saya, saya dan suami saya ^_^

nampak-nampak nya kak nyah makin sihat. Hari ni (29 March 2012) dah masuk hari ke enam kak nyah batuk dan berkahak. Untuk rekod,

Sabtu : Batuk berkahak, selsema, demam, buang air besar 4-5 kali, muntah (tengah malam)

Ahad : Batuk berkahak, selsema, buang air besar 4-5 kali, lemah-tak nak main, merengek hek-hek (ummi tidak ke kelas Ulum Quran untuk jaga kak nyah)

Isnin : Batuk berkahak, selsema, buang air besar 4-5 kali, lemah-tak main, cuma baring dan menangis, merengek-rengek

Selasa : Batuk berkahak, selsema, buang air besar 3-4 kali (abi pula tidak ke kelas untuk jaga kak nyah), petang waktu ummi abi kelas, Cik Aishah jaga kak nyah di musolla kuliah syariah. Kak nyah dah mula nak bersembang dengan arab-arab dan Cik Shah.

Hari ni (27 March 2012) hari lahir Paman Afiq Arsyad yang ke-lapan. Hari ni ummi abi bawa kak nyah timbang yang dekat tepi-tepi jalan tu Ammu tu bisu, tapi dia baik hati. Sepatut nya kena bayar 10 qirsh (45 sen) untuk satu timbangan. Tapi untuk kak nyah, dia bagi free. Jadi ummi dan abi pun tak perlu bayar apa-apa. Mula-mula ummi naik dulu untuk timbang (47.4kg). Kemudian ummi kendong kak nyah pula (54.6kg) Tapi harus tahu, kita timbang dengan ummi berkasut dan pakaian yang agak berat. Kak nyah pula, 'bersalut' dengan baju-baju yang tebal. Maklumlah cuaca masih dingin sekarang ni. Tambahan lagi kak nyah sedang batuk, memang tebal la baju kak nyah supaya kak nyah tak sejuk. Kalau di tolak-tolak, berat kak nyah ialah 7.2kg. Tapi ummi jangka kan sekitar 6-6.5 kg sahaja. (Tolak berat kasut ummi, baju-baju ummi, dan baju-baju tebal kak nyah!)

Rabu : Batuk berkahak, tak buang air besar! Kak nyah dah tak menangis bila batuk. Kak nyah dah boleh gelak-gelak dan aktif macam selalu. Dan yang paling best kak nyah dah nak main semula dengan ummi dan abi (:


Ummi doakan semoga kak nyah terus sihat! Sekarang ni belum boleh nak skype dengan yop lagi, sebab laptop mbah yop dah 'ter' rosak kan. Mbah cakap yop tak lepas duduk tepi lutut mbah. Jadi, terpaksa lah kita tunggu mbah repair dulu laptop mbah tu ye...

Sekian catatan ummi untuk anak-anak ummi.


Ummu Umar
Irbed, Jordan
12.45 pagi

Monday, March 26, 2012

Kak Nyah Demam

Sabtu yang lepas (24 March 2012) ummi dan abi bawa Kak Nyah 'Ulya ke Markaz Sihhi Dhohiyah Hussin untuk ambil suntikan vaccine. Untuk kali ni, kak nyah kena cucuk dua kali sekaligus di peha kaki kiri dan kanan. Mula-mula kak nyah sengih-sengih. Kena cucuk jarum pertama, abi kata tak menangis lagi. Nak masuk yang kali kedua tu baru kak nyah menangis, tapi sekejap je. Drama je lebih. He he. Ummi tak tengok pun, tak sampai hati. Sebelum buat injection tu, kak nyah baru ada batuk dan berkahak. Tapi oleh kerana ummi tak nak tangguh lagi, ummi bawa je kak nyah ke markaz sihhi.

Balik daripada dapat suntikan tu, kak nyah dah dapat selsema pulak. Ummi perasan lepas kak nyah bersin, ehhh! Ada hingus la pulak! Malam tu, mula la kak nyah meragam hek-hek. Badan kak nyah dah mula panas. Menangis tak berhenti. Tidur sekejap, bila terbatuk, terjaga semula dan menangis. Ooh, nasib lah ummi dan abi dah ada pengalaman waktu yop demam dulu. Abi godek-godek almari baju yop, mujur jumpa 'cool fever' milik yop yang kami bawa dulu. Kak nyah pun tak lahir lagi waktu tu :P

Ummi pakaikan ke dahi kak nyah. Setiap kali tukar pampers, ummi akan lap-lap badan kak nyah supaya suhu badan kak nyah tak tinggi dan turun. Alhamdulillah, berhasil. Keespkan harinya, suhu badan kak nyah berkurangan panas nya. Bila ummi check guna penyukat suhu yop punya jugak, dah turun ke 36.5, 37. Alhamdulillah, tapi kak nyah masih lagi merengek. Tak boleh langsung ummi abi letakkan di bawah. Mesti kak nyah menangis! Mungkin kak nyah tak sedap badan kerana selsema, dan batuk berkahak kot. Kesian ummi tengok. Kak nyah tak main. Sekali sekala je bila nak tukar pampers baru lah kak nyah gelak-gelak. Tapi tak lama lepas tu, kak nyah menangis lagi.

Anak ummi nak besar ni... Nak dapat akal baru ye ^^. Semalam, Ahad ummi terpaksa lah skip kelas Ulum Quran untuk jaga kak nyah. Malam tadi pun kak nyah muntah. Lepas je dari tu, kak nyah tidur lena. Bila dengar je bunyi hon kereta atau deruman enjin kereta yang kuat kat jalanraya tu, kak nyah terkejut dan terbangun, menangis lagi... Mata kak nyah nampak kak nyah tak sihat. Tak sampai hati ummi tengok. Pagi tadi ummi ke kelas, setiap masa teringatkan kak nyah. Bila ummi call abi, ummi dengar suara kak nyah menangis. Ummi exam hari ni. Alhamdulillah boleh lah jawab walaupun tak scorer macam abi
Ummi kemudian jumpa Doktor dan minta excuse kelas kerana bimbangkan kak nyah yang kurang sihat.
Still now, kak nyah masih selsema dan batuk berkahak. Yang comelnya, kak nyah pandai bernafas ikut mulut bila hidung kak nyah sumbat dan penuh dengan mukus. Yop dulu tak pandai tau. Setiap masa ummi kena sedut hingus yop =)

Markaz Sihhi Dhohiyah Hussin, Waro' Solah Petra, Irbid, Jordan 
 Ada rupa budak demam ke kalau gini? Confuse ummi -_-"



Semoga kak nyah cepat sembuh!



Ummu Umar
Irbed, Jordan
3.12 petang


Tuesday, March 20, 2012

Anakanda Soleh dan Solehah ^_^

 'Umar 'Abdul 'Aziz bin Muhammad Nur Amir (Yop)
عمر عبدالعزيز بن محمد نور أمير
15 Julai 2010 (Khamis)
5.34 petang
3.12kg
Hospital Sungai Buloh, Selangor, Malaysia.
  

'Ulya binti Muhammad Nur Amir (Kak Nyah)

عليا بنت محمد نور أمير 
15 November 2011 (Selasa)
5.10 pagi
3.2 kg
Hospital Irbid Islami, Irbid, Jordan.