Friday, September 7, 2012

Diari Syawal 2012; 'Umar dan 'Ulya

Bismillah walhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Agung, Pengasih, Penyayang. Tiada pujian yang selayaknya melainkan segalanya untuk Mu Ya Allah. Salam Sayyidul Ayyam, Yaumul Jum3ah al-Mubarokah! :D

Alhamdulillah hari ini telah sampai ke Syawal yang ke 20. Sembilan hari sahaja lagi ummi dan abi bakal meraikan ulangtahun pernikahan kami yang ke empat, jika di izin Allah. Alhamdulillah tahun ini menyaksikan ummi abi umar dan ulya dapat beraya bersama opah yang sihat tak berapa sihat [tapi masih boleh buat rendang tok dan rendang ayam sehari sebelum raya] dan bersama mbah yang setiap tahun pasti tidak akan pernah lupa untuk membakar lemang, juadah untuk pagi raya, serta bersama opah teh (adik opah)

Syawal yang ketiga, kita berempat beranak telah pulang untuk beraya di kampung abi di Labis, Segamat, Johor pada awal pagi sekitar jam 10. 4 Syawal, kita menjelajah di sekitar Muar dan kemudian terus ke rumah Nenek yang merupakan kakak sulong kepada mak abi di Kota Tinggi. Kita sekeluarga bermalam di sana kerana sampai pun dah lewat malam. Umar dan Ulya dua-dua keletihan, plus pampers pun masing-masing dah penuh. Keesokan hari nya, 5 Syawal kita bertandang pula ke rumah ustaz kepada abi di sekolah lama abi yang terletak di Kluang iaitu Ustaz Fuad Osman. Alhamdulillah, taujihad yang menyegarkan minda ummi dan abi. Kita pulang semula ke Meru pada 6 Syawal, sambil singgah ziarah ke rumah nenek yang merupakan kakak kepada mak abi juga di Felda Palong, Bahau, Negeri Sembilan.

Tiba di Meru sekitar jam 10-11 malam [ummi pun dah lupa ;p] dan Umar terus capai basikal, dan main basikal. Berehat sehari di Meru dan bergerak semula untuk pulang ke kampung ummi di Selekoh, Bagan Datok Perak pada hari Ahad 8 Syawal. Kita berada di Perak selama tiga hari dan kemudian pulang semula ke Meru. Alhamdulillah. Raya kali ini ummi jadi duta keluarga, bagi pihak opah dan mbah kerana mbah tak dapat pergi beraya menjaga opah [yang kini sedang menjalani rawatan dialysis, tiga kali seminggu. Setiap 3 jam untuk satu sessi]

Berikut adalah sedikit dari ratusan gambar yang tak sempat ummi nak uploadkan semua. Ini, adalah untuk kenangan yop dan adik [haih, dok bahasakan kak nyah sudah nya lekat adik pulak] Ummi memang tak sempat nak edit. Cuma letak watermark sahaja supaya sesiapa yang berkenaan tak lah sewenang-wenang nya nak ambil koleksi gambar-gambar ummi dan publish sesuka hati di facebook sendiri tanpa kebenaran ummi. Semoga Allah membalas segala perbuatan jahat nya.

 Yop 'Umar, sehari sebelum raya. Tolong mbah bakar lemang :D

 'Ulya pulak, tolong opah dan abi isi beras dalam kelongsong ketupat :)

 'Ulya dan opah.

 'Umar 'Abdul 'Aziz.
1 Syawal 1433H.
Meru, Klang.



 'Ulya
1 Syawal 1433H
Meru, Klang
 
 Balik dari solat eid. Nak pergi beraya, baca buku dahulu :')

 Alhamdulillah akhirnya ummi berjaya juga siapkan baju kurung ni untuk 'Ulya. Walaupun senget sana senget sini tapi puas hati sebab jahit sendiri. Boleh lah, beginner kan :)

 Our Double U, sedang tunggu opah habis dari dialysis. Ini di Caring Dialysis Centre, Meru. Balik dari beraya di rumah mbah yut ragil di Jalan Kebun, terus ke sini untuk ambil opah.

 Double U yang keletihan. Perjalanan dari Segamat untuk ke Bahau, seterus nya pulang ke Meru.
6 Syawal 1433 H

This is my super-hero!
Kira duit raya ke yop?
Perjalanan dari Bagan Datok Perak untuk pulang ke Meru
 
 Anugerah Cinta Hati dari Nya. Shukran Allah!
[Minta maaf la abang, ramai orang cakap anak-anak kedua-dua nya ikut muka ummi hihi]

Ini langsir ummi yang jahit dengan penuh kasih sayang, khusus untuk buat opah senyum berbunga-bunga di dalam hati. Bukan nak tunjuk gambar kamu berdua ni sebenar nya. Kui kui kui.


Salam Aidilifitri buat semua kenalan. Mohon maaf zahir dan batin. Sesungguhnya tiadalah manusia itu sempurna dan maksum namun, kita di tuntut agar sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.



Umm 'Umar
11 am
Meru, Klang
7 September 2012
Ensha2llah.