Wednesday, April 18, 2012

Kenangan Yop di Jordan - 2011 (Part 3)

 Abi dan yop,
depan Daraghmeh.
Irbid, Jordan.

 Ummi, yop dan kak nyah.
In front of Kulliyyah Tarbiah
University of Yarmouk, Jordan.

 Abi yang sentiasa bergembira bersama yop :')

 "Kasih sayang abi..."

 Yop dan ammu Yaqzan.
(bersiar-siar di balad bersama Abi)

 Abi dan yop
Jame3ah Yarmouk

 Yop dan ummi
Jame3ah Yarmouk

"...akan ummi pimpin setiap langkah mu, sayang!"

Sunday, April 15, 2012

Kak Nyah 5 Bulan

Selamat hari lahir kak nyah!

err.. yang ke lima bulan.

hehe


:')

Saturday, April 14, 2012

Kenangan Yop di Jordan - 2011 (Part 2)

 Yop baru sampai ke Jordan. Masa ni baru dua tiga hari sampai. Letih ye yop :')

 Yop dan abi. Abi nak hantar yop ke rumah kholah di Aswaq Yamamah.

 Masa yop kat Jordan, yop ada kawan nama Ameer Faheem Al-Waseem bin Muhammad Al-A'thiq.
Nama mommy dia, Maryam al-Batul binti Azizuddin.
Mommy dan daddy Faheem ni, kawan baik ummi sejak dari Matrikulasi Uiam lagi.

 Seminggu sebelum yop balik ke Malaysia ikut opah dan mbah.
Waktu ni kita di dalam Jameah Yarmouk. Yop ikut ummi dan abi

 Yop, tu tangan pak cik Mad. Anak daji. Pak cik Mad selalu ziarah rumah kita di Jordan.
Bila dia datang, dia akan usik yop dengan 'menggantung' yop di atas pintu!
Mengekek-ngekek yop :')

 Opah, yop dan mbah.
Masjid Hussin at-Tolal, Mu'tah.
31 December 2011.

 Yop,
anak ummi yang sentiasa berani!
 
Ahmad dan Yop.
Yop ingat lagi ke? Ni la kawan yop masa kat Jordan. Mesti yop dah tak ingat kan, sebab yop kecik lagi waktu ni. Ahmad ni suka main dengan yop.
(Baru siang tadi ummi dan abi terserempak dengan Ahmad, dia tanya yop mana. Dia suruh yop balik Jordan semula. Dia dan kawan-kawan lain nak main dengan yop)



Semoga ceria selalu Yop.
Ummi sayang yop!
 :)

Kenangan Yop di Jordan - 2011 (Part 1)

Pentas ceramah yop di rumah :')
 
 Yop baru bangun tidur time ni.
Yop, nama haiwan ni "himar" atau "keldai"


 Depan "The Treasury"
Petra, Jordan
30 December 2011

 Boolat nye tangan yop!
Main pasir, di tepi Laut 'Aqobah, Jordan
31 December 2011

 Yop dan opah. Waktu ni kita dah balik dari meng-explore dalam Petra. Tengah tunggu mbah dan pak cik Mad pulak. Kita cepat, sebab kita naik kuda. Gelak-gelak yop naik kuda :')

 Tak silap ummi, sepanjang hidup yop, ni pertama kali yop main pasir tepi laut.

 Explore la yop, ummi, mbah, opah semua tak marah!

Yop dan mbah. Memang tak boleh lekang langsung.
"Sampan-tunda"

Friday, April 13, 2012

Catatan Untuk Kak Nyah :')

Assalamu'alaikum anak-anak ummi. Salam sayyidul ayyam! Hari ni, hari Jumaat. Di nyatakan bahawasanya ada suatu waktu mahupun detik di dalam hari Jumaat itu yang sangat maqbul doa nya. Jadi anak-anak soleh dan solehah ummi, jangan berhenti memohon doa pada Allah ye sayang. Kerana Allah itu sentiasa di sisi sangkaan hamba-hamba Nya. Kita wajib bersangka baik selalu dengan Allah :)

Waktu ummi menaip entri ini, kak nyah sedang tidur. Baru sahaja lepas ber-skype bersama yop, opah, dan mbah. Abi pula awal-awal pagi telah ke Jameah Yarmouk. Ada program (yang ummi tak ingat nama nya) di mana kesemua ahli panel nya adalah pensyarah-pensyarah abi. Nama mereka kalau tak silap ummi, Dr. Sofiyah Syaro3, Dr. Sae3d Bua3wneh, dan Dr. Khalid Sharman. Nanti minta abi akid kan semula ye. Hehe

Hari ni, ummi nak simpan gambar-gambar kak nyah di Jordan ni di sini. Nanti bila kak nyah dah besar dan pandai tengok laptop sendiri, buka internet sendiri, kak nyah boleh baca catatan ummi ni di blog yang ummi buatkan khusus untuk anak-anak ummi :)

Yop, jangan cemburu tau. Gambar yop di Jordan pun banyak. Nanti bila ummi abi dan kak nyah balik Malaysia, ummi cerita pasal yop dan snap picture kamu berdua beradik pula ye! :D

 Abi dan kak nyah. Pulang dari muhadhoroh petang.
10 April 2012

 Kak nyah, abi sangat menyintai mu!

 Abi yang tidak pernah letih mendokong mu setiap waktu.
Abi yang tidak pernah malu menggendong mu ke hulu ke hilir.
at University Yarmouk, Irbid, Jordan.
(menuju ke Bab al-Iqtisod)

 Ummi dan kak nyah.

Ummi yang menyintaimu saban waktu. Jadilah anak yang solehah kak nyah. Penyejuk mata buat ummi dan abi. Serta jadilah hamba yang taat kepada perintah Nya. Isteri yang mithali buat suami tercinta.
Opposite Bab al-Atsar, near Mat3am Adh-Dhoi3ah.
Irbid, Jordan
10 April 2012



Thumma Alhamdulillah :')




Ummi dan abi sangat menyintaimu 'Umar 'Abdul 'Aziz dan 'Ulya Lillahi Ta3ala..




Ummu Umar
Jumaat
13 April 2012
Irbid, Jordan

Wednesday, April 11, 2012

Hari Lahir Ummi

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Semalam 9 April 2012, genap lah umur ummi 26 tahun. Kali ni, ummi menyambut hari lahir bersama kak nyah. Yop di Malaysia. Sempat kita skype, dan mbah kata, yop tekan-tekan skrin laptop. Tepat ke hidung ummi! Ooo... Yop nak picit hidung ummi ye? :P

Sebenarnya ini bukan lah kali pertama ummi menyambut hari lahir berjauhan dengan mak (opah) dan ayah (mbah). Sebelum ni, ummi pernah berada di sekolah asrama ketika hari lahir ummi. Pernah juga di Matrikulasi UIAM. Ketika usia ummi 13 tahun pada 1999, ummi menyambut hari lahir ummi di Makkah Alhamdulillah. Waktu itu, ummi mengikut opah dan mbah menunaikan haji. Tak sangka, umur 26 tahun ini ummi menyambut nya di Jordan! Syukur di atas nikmat Allah. Kalau ada rezeki, tahun depan yop, opah, mbah ada la sama-sama dengan ummi ye.

This few pic yang sempat dirakamkan pada 9 April 2012. Ummi, abi, cik Siti, dan pak cik Mad serta kak nyah Ulya di Mango Caffe. Abi belanja kek berbentuk hati, dan perfume bunga ros sekuntum. How romantic he is ^_^

Ummi dan abi :')

Terima kasih abi, untuk curahan cinta mu.
We all loved you so much!

Loving Each Other
Lillai Taa3la

Keluarga di Jordan.
Cik Siti, Ummi, Abi, Pak Cik Mad.
Si manja 'Ulya :')

"Yop, kak nyah rindu yop. Yop jaga opah dan mbah baik-baik tau."

Friday, April 6, 2012

Skype Snap-Shot

Hari ni, yop skype lagi dengan kak nyah.
(Bukan ummi ke yang ber-gossip dengan opah? Oohh..)

Kak nyah tersengih-sengih.
Yop gelak-gelak.
Kak nyah nangis-nangis.
Yop tetap gelak-gelak.

Yop sebut,
"uya, uya, eyak, eyak.."
(ulya, ulya, gelak, gelak..)

So sweet!
Opah kata, yop cium skrin laptop,
tepat di pipi ummi.
Allah,
Engkau je yang tahu betapa aku men-tabah-kan hati
mendengar kalam itu dari mulut ibu ku.

Cepat lah 30 Mei...
Ummi nak terbang bawak kak nyah jumpa yop.....

  Yop dan mbah
(skype - snapshot)
on 5th April 2012


Ummi missed you a lot, dear 'Umar!



Malam ni 'stuck' depan Salsabila.
12.26am
Irbid, Jordan.

Tuesday, April 3, 2012

Setelah Seminggu Berlalu

Alhamdulillah, Allah beri nikmat kurnia yang tak ternilai dari hari ke hari yang lain. Dari waktu ke waktu yang lain. Anak-anak ummi, semua harus bersyukur dengan nikmat dan rahmat Allah ini. Cara nya? Jangan lawan cakap ummi :)

Hari ni, dapat skype dengan yop, opah dan mbah. Setelah sekian lama laptop mbah masuk workshop gara-gara yop yang cerdik. Mbah pun, dah install semula perisian yang sepatut nya, iaitu skype. Bukan mbah buat sendiri, mak intan tolong buatkan. Sampai ke Gombak mbah dengan opah pergi. Puas mbah godek-godek, tak menjadik gamak nya.

Alkisah hari ni yop menunjukkan kepakaran memanjat grill tingkap mini-library ummi! Subhanallah. Dah besar anak ummi :) Hari tu, yop tunjuk kat ummi yop pandai kayuh basikal, naik, dan turun sendiri dari basikal. Hem, dari sehari ke sehari mbah kata ada saja akal yop. Clever boy ^_^

As usual, kak nyah ialah 'umpan utama' ummi supaya yop datang duduk depan screen. Hehehe. Tapi sekarang yop dah matured sikit. Sebab nya? Yop dah boleh tengok ummi. Yeay :D :D
Dan yop panggil ummi "ma..." Eh, ummi ajar panggil ummi, dia panggil 'ma' pulak. Abi kata, nak panggil mama kot :P

Dan seperti biasa juga, kak nyah terkekek-kekek ketawa dengan gelagat opah dan mbah serta yop yang ada depan mata. How i missed all of them! Sikit masa lagi inshaAllah akan berada di Malaysia. Semoga Allah panjangkan umur kita semua untuk kita berjumpa ye.

Sempat lagi ummi 'mintak' mesin jahit, oven, dan mixer pada opah untuk di bawa semula ke Jordan bulan September nanti. Hehehe




Sekian catatan ummi.
12.35pm
Irbed, Jordan
3 April 2012