Wednesday, August 15, 2012

Ummi Balas Dendam pada 15 Ogos?

Nampak nya bila balik Malaysia ni, sebulan sekali ummi meng-update di blog yop dan kak nyah ni ye. Hehe kesian ye anak-anak ummi. Ummi bukan tak ingat nak update. Tapi kerja ummi banyak lagi yang lebih penting dari kepentingan ummi menghadap laptop ni hihi.

Okey lah sebagai tak menghampakan kalian berdua (memandangkan ummi tak dapat nak menulis sebarang entri untuk yop sempena usia dua tahun nya), hari ini, yop berusia dua tahun sebulan. Dan kak nyah pula sembilan bulan. Yop dah dapat motor baru hadiah dari mbah sempena hari lahir yang kedua. Untung lah --" Ummi dan abi serta opah mbah memang tak sempat nak adakan apa-apa pun majlis untuk sambut birthday yop. Sebab nya opah admit ward dua minggu. Dan hari tu jugak 15 Julai, ummi abi bawa yop dan kak nyah ke Sabak Bernam untuk berurut dengan mbah yut. Kak nyah kan jatuh depan pintu dalam walker. Habis tergeliat pinggang sana sini. Haih -_-' Dah tu yop pun dah makin lasak. Tak pe, development process. Ummi faham sayang :')

Balik dari Sabak tu, dah malam. Jadi ummi abi sempat singgah untuk belikan yop kek. Mujur hadiah ummi dah beli awal-awal. Sempat lah ummi surprise pada Umar and Umar loves the LEGO so much. Dan ada lah lagi satu mainan tu macam kayu-kayu tu kan. Apetah nama dia. Ummi forgot already hihi.

Hari ni, yop dah kurang kepelatan nya. Instead of sebut kapal korek as "pai yak", hari ini yop berjaya tukar kan yak kepada yek menjadi lah "pai yek". Ooh memang indah menyaksikan miracle ini di hadapan mata. How time flies. Ummi keep remember when ummi first know yop ada dalam perut masa tu umur yop baru enam minggu. Enam minggu yop. Opah dan mbah sangat excited. So as abi! Itu pun keseronokan ummi pregnant kan yop sampai ke telinga abi pada hari lahir nya! Gift from Him for him.

Yop ketahuilah. Yop dan kak nyah adalah kebanggaan ummi dan abi. Tidak kan pernah lelah ummi dan abi mendidik mu berdua beradik. (Dua orang takat ni je tau. Dua tiga tahun lagi kita tambah lagi ahli keluarga :) Eh ape ni!) Kak nyah pulak sekarang ni dah pandai lah kan nak merengek merungut bagai. Pantang mbah or abi nak keluar dari pintu je dia lah yang paling kuat dan tragis sekali tangisan nya. Sama lah dengan yop pun. Hoh. Mau pekak teling ummi. Kata abi, dua-dua anak ummi ni mewarisi ummi yang kuat menjerit. Ye ke?
Memang pun lah kan, ummi kan anak tunggal. Bila ingat-ingat balik, memang ada pun part-part yang ummi tak tahu nak buat apa kat rumah, ummi jerit kuat-kuat. So puas!

Oh dan lagi nak cerita pasal kak nyah. Kalau dulu bangun pagi dia tengok orang lain belum bangun, dia memang lah akan pejam balik mata dia. Kadang-kadang [selalu kot] ummi dan abi sengaja pejamkan mata supaya kami dapat buat kerja lain, jadi kak nyah tidur semula. Tidak lagi sekarang! Pagi semalam dan semalam dan hmm banyak pagi lah. Kak nyah akan bangun dan merangkak pergi masuk ke bilik mbah dan main di rak buku mbah. Atau di meja kerja mbah, main buka tutup pintu laci. Dalam keadaan semua orang tidur, tiba-tiba dia sorang yang bebel-bebel tata-tata-dada-dada. Adoi kak nyah. You memang lah 'anak darre' bak kata yop. Apa lagi:? Dia pandai dah tepuk-tepuk tangan tepuk amai-amai. Pantang nyanyikan, laju saja tangan tu nak menepuk.

Eh ummi ni macam balas dendam pulak nak cerita banyak-banyak pada blog ni. Tak siapkan makanan berbuka for abi ke? Don't worry. Segalanya selesai. Itu pasal senang ummi nak menghadap Salsabila ni :)


Ok sayang-sayang ummi. Selamat menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Bekal ummi abi di Akhirat nanti :') Love you for the sake of Allah.


Ummi yang men-cintai mu.
Seksyen 7, Shah Alam.
7.01 pm