Tuesday, April 3, 2012

Setelah Seminggu Berlalu

Alhamdulillah, Allah beri nikmat kurnia yang tak ternilai dari hari ke hari yang lain. Dari waktu ke waktu yang lain. Anak-anak ummi, semua harus bersyukur dengan nikmat dan rahmat Allah ini. Cara nya? Jangan lawan cakap ummi :)

Hari ni, dapat skype dengan yop, opah dan mbah. Setelah sekian lama laptop mbah masuk workshop gara-gara yop yang cerdik. Mbah pun, dah install semula perisian yang sepatut nya, iaitu skype. Bukan mbah buat sendiri, mak intan tolong buatkan. Sampai ke Gombak mbah dengan opah pergi. Puas mbah godek-godek, tak menjadik gamak nya.

Alkisah hari ni yop menunjukkan kepakaran memanjat grill tingkap mini-library ummi! Subhanallah. Dah besar anak ummi :) Hari tu, yop tunjuk kat ummi yop pandai kayuh basikal, naik, dan turun sendiri dari basikal. Hem, dari sehari ke sehari mbah kata ada saja akal yop. Clever boy ^_^

As usual, kak nyah ialah 'umpan utama' ummi supaya yop datang duduk depan screen. Hehehe. Tapi sekarang yop dah matured sikit. Sebab nya? Yop dah boleh tengok ummi. Yeay :D :D
Dan yop panggil ummi "ma..." Eh, ummi ajar panggil ummi, dia panggil 'ma' pulak. Abi kata, nak panggil mama kot :P

Dan seperti biasa juga, kak nyah terkekek-kekek ketawa dengan gelagat opah dan mbah serta yop yang ada depan mata. How i missed all of them! Sikit masa lagi inshaAllah akan berada di Malaysia. Semoga Allah panjangkan umur kita semua untuk kita berjumpa ye.

Sempat lagi ummi 'mintak' mesin jahit, oven, dan mixer pada opah untuk di bawa semula ke Jordan bulan September nanti. Hehehe




Sekian catatan ummi.
12.35pm
Irbed, Jordan
3 April 2012

No comments:

Post a Comment