Alhamdulillah di atas nikmat kurniaan Nya.
Selepas sahaja ummi post kan di wall FB ummi,
Selepas sahaja ummi post kan di wall FB ummi,
Ya Allah, sembuhkan lah 'Ulya dari selsema dan batuk berkahak. Semoga ummi dan abi nya juga tabah bangun malam untuk jaga dia. Ameen.
Terima kasih semua, sebab tolong doa sama untuk anak saya, saya dan suami saya ^_^
Terima kasih semua, sebab tolong doa sama untuk anak saya, saya dan suami saya ^_^
nampak-nampak nya kak nyah makin sihat. Hari ni (29 March 2012) dah masuk hari ke enam kak nyah batuk dan berkahak. Untuk rekod,
Sabtu : Batuk berkahak, selsema, demam, buang air besar 4-5 kali, muntah (tengah malam)
Ahad : Batuk berkahak, selsema, buang air besar 4-5 kali, lemah-tak nak main, merengek hek-hek (ummi tidak ke kelas Ulum Quran untuk jaga kak nyah)
Isnin : Batuk berkahak, selsema, buang air besar 4-5 kali, lemah-tak main, cuma baring dan menangis, merengek-rengek
Selasa : Batuk berkahak, selsema, buang air besar 3-4 kali (abi pula tidak ke kelas untuk jaga kak nyah), petang waktu ummi abi kelas, Cik Aishah jaga kak nyah di musolla kuliah syariah. Kak nyah dah mula nak bersembang dengan arab-arab dan Cik Shah.
Hari ni (27 March 2012) hari lahir Paman Afiq Arsyad yang ke-lapan. Hari ni ummi abi bawa kak nyah timbang yang dekat tepi-tepi jalan tu Ammu tu bisu, tapi dia baik hati. Sepatut nya kena bayar 10 qirsh (45 sen) untuk satu timbangan. Tapi untuk kak nyah, dia bagi free. Jadi ummi dan abi pun tak perlu bayar apa-apa. Mula-mula ummi naik dulu untuk timbang (47.4kg). Kemudian ummi kendong kak nyah pula (54.6kg) Tapi harus tahu, kita timbang dengan ummi berkasut dan pakaian yang agak berat. Kak nyah pula, 'bersalut' dengan baju-baju yang tebal. Maklumlah cuaca masih dingin sekarang ni. Tambahan lagi kak nyah sedang batuk, memang tebal la baju kak nyah supaya kak nyah tak sejuk. Kalau di tolak-tolak, berat kak nyah ialah 7.2kg. Tapi ummi jangka kan sekitar 6-6.5 kg sahaja. (Tolak berat kasut ummi, baju-baju ummi, dan baju-baju tebal kak nyah!)
Rabu : Batuk berkahak, tak buang air besar! Kak nyah dah tak menangis bila batuk. Kak nyah dah boleh gelak-gelak dan aktif macam selalu. Dan yang paling best kak nyah dah nak main semula dengan ummi dan abi (:
Ummi doakan semoga kak nyah terus sihat! Sekarang ni belum boleh nak skype dengan yop lagi, sebab laptop mbah yop dah 'ter' rosak kan. Mbah cakap yop tak lepas duduk tepi lutut mbah. Jadi, terpaksa lah kita tunggu mbah repair dulu laptop mbah tu ye...
Sekian catatan ummi untuk anak-anak ummi.
Ummu Umar
Irbed, Jordan
12.45 pagi
No comments:
Post a Comment