Friday, July 15, 2011

Kalam Muqaddimah

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Buat anak(-anak) ummi dan abi yang di kasihi Allah.

Idea untuk membangunkan blog anr-kidss ini adalah bertujuan untuk merakam detik-detik sepanjang ummi dan abi membesarkan anak(-anak) ummi dan abi. Insya-Allah ummi dan abi akan berusaha memberikan nasihat dan tunjuk ajar yang terbaik demi kelangsungan tarbiah buat kalian. Semoga suatu hari nanti apabila ketiadaan ummi dan abi, ada sesuatu yang kami tinggalkan buat kalian semua, anak(-anak) ummi dan abi yang sangat kami cintai kerana Allah.

Buat pengetahuan pembaca,
Alhamdulillah buat masa ini, saya dan suami dikurniakan dengan seorang mujahid, yang kami berikan nama 'Umar 'Abdul 'Aziz. Sedikit masa, kami akan ceritakan satu persatu tentang mujahid kecil kami ini. Doa kami semoga beliau tumbuh membesar menjadi hamba yang taat pada perintahNya, dan anak yang soleh. Justeru, insan yang bermanfaat buat insan lain di sekeliling nya. Insya Allah. Amin.

Sekian dahulu buat kalam Muqaddimah.


Ummu 'Umar
Meru, Klang
14 Julai 2011

No comments:

Post a Comment